program pembina di gunung angsi

Semarak Kemerdekaan PEMBINA dan Pemuda Isma di Puncak Gunung Angsi

KUALA PILAH 31 Ogos – Seramai 62 orang pemuda dan belia daripada pelbagai institusi pengajian tinggi di sekitar Negeri Sembilan telah menawan puncak Gunung Angsi semalam, dalam misi menyemarakkan lagi semangat dan penghayatan kemerdekaan dikalangan para pemuda dan belia tempatan dalam mempertahankan dan memelihara kemerdekaan tanahair kita dalam maksud yang sebenar.

Tepat pada jam 10 pagi pada tarikh keramat 31 Ogos 2016 bersempena ulangtahun kemerdekaan negara yg ke 59, para peserta telah berjaya mengibarkan jalur gemilang setelah hampir 2 jam pendakian naik ke puncak yang bermula seawal jam 8 pagi bermula dari laluan Bukit Putus.

Program yang dinamakan “Hiking Merdeka Gunung Angsi” ini adalah program julung kali diadakan hasil gabungan kerjasama komitmen ahli daripada Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Cawangan Seremban dan Pemuda Isma Cawangan Seremban dalam merangka satu aktiviti yang bertujuan membina dan menguatkan jati diri para pemuda sebagai seorang insan yang sedar dan bertanggungjawab khususnya dalam memelihara kemerdekaan dan kedaulatan negara daripada dicemar dan dirosakkan oleh elemen negatif yang semakin meracuni pemikiran dan tindakan kebanyakan anak muda negara yang mudah terpengaruh dan mengikuti pemikiran yang tidak bertepatan daripada ajaran Al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W. dalam kehidupan seharian.

Antara aktiviti awal yang dilakukan sebelum para peserta mendaki Gunung Angsi adalah para peserta telah berkumpul seawal malam merdeka, 30 ogos dengan mengikuti tayangan kemerdekaan filem Bukit Kepong, menghasilkan kain rentang merdeka, dan laungan kemerdekaan disusuli doa dan nasyid kemerdekaan.

Menurut Muhammad Afifuddin Bin Ramli, 22 yang merupakan pengarah program kali ini, beliau menyifatkan sambutan yang diterima oleh golongan pemuda dan belia bagi program ini amatlah diluar jangkaan setelah menyaksikan sasaran penyertaan adalah melebihi jangkaan awal peserta seramai 50 orang sahaja berbanding 60 orang peserta yang telah berdaftar dan bersama dari awal hingga ke akhir program.

Justeru, perkara ini dilihat memberikan harapan yang cerah bagi para penggerak NGO dan gerakan islam di luar sana untuk lebih kreatif dan pelbagai dalam menyediakan platform mengumpul dan menyampaikan mesej kesedaran agama kepada golongan sasar pemuda dan belia ipt melalui medium aktiviti lasak dan hiburan yang bersifat islamik dan bertepatan dengan kehendak syarak dan bukanlah sebaliknya yang seringkali berlaku dalam penganjuran program yang mengumpulkan para pemuda dan belia yang seringkali dicemari dengan elemen maksiat dan melalaikan.

Program yang berakhir pada jam 4 petang setelah selesai pendakian pada jam 3 petang semalam telah diakhiri dengan ucapan penutup yang disampaikan oleh Pengerusi PEMBINA cawangan Seremban, Saudara Noor Elkamel Bin Elias dan saudara Abdul Hakim B Adzman selaku Ketua Pemuda Isma cawangan Seremban dengan ucapan penghargaan dan sedikit pengenalan latar belakang dan aktiviti PEMBINA dan Pemuda Isma.

Gambar-gambar sepanjang program Hiking Merdeka Gunung Angsi:

merdeka pembina gunung angsi

pembina gunung angsi sambut merdeka

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top