Sahabat Pendokong Kejayaan Tip Pelajar Cemerlang PEMBINA

Wartawan: Siti Maizatul Farzanah Solleh

NILAI,9 Mac – Pandai mencari sahabat yang rajin dan yang selalu memberi sokongan dan bantuan dari segala bentuk akan membantu mengecapi kejayaan dengan mudah, kata saudari Nurul Iman Bt Marzuki yang telah menerima anugerah al-Jauzi sempena Malam Aspirasi PEMBINA pada jumaat yang lalu diatas kejayaan pada semester yang lepas.

Malah beliau juga berkata, dengan bergiat aktif bersama PEMBINA sebenarnya mampu menigkatkan semangat dan mendorong supaya berusaha dengan lebih gigih lagi hasil sokongan daripada rakan rakan PEMBINA yang lain.

Selain itu, melihat kejayaan tokoh tokoh mahasiswa PEMBINA mejadi salah satu asbab untuk beliau berusaha dengan lebih gigih untuk berada sebaris dengan para tokoh yang ada.

Beliau juga berharap dengan penglibatannya dalam PEMBINA dapat menberi sumbangan pada universiti dan seterusnya kepada umat islam khususnya.

Beliau merupakan salah seorang pelajar Tamhidi Pergigian di Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM ), disamping, menjadi aktivis Pembina di Nilai.

tip pelajar cemerlang pembina

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top