PEMBINA seru pemimpin muda hapus budaya buruk

Bangi, 2 Ogos – ‘Sebagai pimpinan muda NGO Islam, kita perlu putuskan budaya buruk yang wujud sekarang daripada diwarisi generasi kita’, ucap Presiden  Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), saudara Eqwan Roslan dalam Majlis Ramah Mesra Gerakan Mahasiswa Islam di Ibu Pejabat PEMBINA, Bandar Baru Bangi baru-baru ini.

Menyedari kepentingan dan besarnya peranan mahasiswa Islam, beliau menyeru agar budaya buruk masa kini harus dihapuskan daripada diwarisi oleh generasi kita tanpa kita sedari.

‘Budaya timbal balas (mengharap sesuatu apabila menyumbang), tidak jujur, tidak ikhlas berjuang,’ jelasnya.

Tambah beliau lagi, ‘kita kekalkan apa yang baik pada hari ini dan kita bina generasi yang lebih baik untuk masa akan datang.’

Begitulah antara intipati dan harapan beliau ketika berucap di dalam majlis tersebut yang turut dihadiri oleh pimpinan dari IKRAMSISWA, PKPIM, GAMIS dan HaluanSiswa.

Majlis Ramah Mesra Gerakan Mahasiswa Islam itu dianjurkan oleh PEMBINA yang mengumpulkan barisan kepimpinan muda NGO Islam itu bertujuan untuk merapatkan hubungan dan saling bertukar pandangan.

majlis ramah mesra gerakan mahasiswa islam malaysia pembina

majlis ramah mesra gerakan mahasiswa islam malaysia pembina akhwat

majlis ramah mesra gerakan mahasiswa islam malaysia ikram

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top