Blog

Kronologi Kerajaan Bani Abbasiyah

Oleh: admin

jabir1

752M– Bermulanya Kerajaan Bani Abbasiyyah.

755M– Pemberontakan Abdullah bin Ali. Pembunuhan Abu Muslim.

756M– Abd ar-Rahman I mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah Sepanyol.

763M– Penubuhan kota Baghdad. Kekalahan tentera Abbasiyyah di Sepanyol.

786M– Harun al-Rashid menjadi Khalifah.

792M– Serangan ke atas selatan Perancis.

800M– Kaedah saintifik dicipta. Algebra dicipta oleh Al-Khawarizmi.

805M– Kempen menentang Byzantine. Penawanan Pulau Rhodes dan Cyprus.

809M– Kewafatan Harun al-Rashid. Al-Amin dilantik menjadi


khalifah.

814M– Perang saudara di antara Al-Amin dan Al-Ma’mun. Al-Amin terbunuh dan Al-Ma’mun menjadi khalifah.

1000M– Masjid Besar Cordoba siap dibina.

1005M– Multan dan Ghur ditawan.

1055M– Baghdad ditawan oleh tentera Turki Seljuk. Pemerintahan Abbasiyyah-Seljuk   bermula, yang kekal sehingga tahun 1258 apabila tentera Mongol memusnahkan Baghdad.

1085M– Tentera Kristian tawan Toledo (di Sepanyol).

1091M– Bangsa Norman tawan Sicily, pemerintahan Muslim di sana tamat.

1095M– Perang Salib pertama berlaku.

1099M– Tentera Salib tawan Baitulmuqaddis. Mereka membunuh semua penduduknya.

1144M– Nur al-Din tawan Edessa daripada tentera Kristian. Perang Salib kedua berlaku.

1187M– Salahuddin Al-Ayubbi tawan Baitulmuqaddis daripada tentera Salib. Perang Salib ketiga berlaku.

1194M– Tentera Muslim menawan Delhi, India.

1236M– Tentera Kristian tawan Cordoba (di Sepanyol).

1258M– Tentera Mongol menyerang dan memusnahkan Baghdad. Ribuan penduduk terbunuh.Kejatuhan Baghdad. Tamatnya pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah.

Usamah Bin Izer
umarabdulrashid.co.cc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *