
Kem Salam Beliawanis Siri 1/2010
Bachok: 22-23 Jan 2010- Beliawanis PEMBINA Kelantan telah menganjurkan program ‘Kem Salam IPT Peringkat Negeri Kelantan Siri 1/2010 dengan kerjasama KELAB AMRU Politeknik Kota Bharu.
Seramai 30 orang beliawanis telah mengikuti kem ini. Mereka terdiri daripada pelajar IPT-IPT di Kelantan. IPT-IPT tersebut antaranya ialah Politeknik Kota Bharu, Uitm Machang dan pelajar-pelajar lepasan STAM.
Halaqah Bacaan Mathurat
Kem ini memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar mengenai konsep ISLAM melalui ceramah yang disampaikan oleh UST.SHARIPUDIN B. ABD KADIR, YDP ISMA Kelantan yang bertajuk " Bekerjalah kamu walaupun kiamat seketika nanti' - dipetik dari hadis-hadis pilihan.
Pada sebelah petangnya pula, para peserta diberi tugasan untuk diselesaikan dalam kumpulan. Ia bertujuan untuk merapatkan lagi ukhuwah antara peserta.





