Tinta JKP

Fokus Salam Aidilfitri 1431H
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahilhamd. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Dan kepada Allahlah segala puji-pujian.. >> Teruskan Membaca..
Anda Di: Laman Utama Kolum Isu Semasa Bangsaku

Bangsaku

emel Cetak PDF

Bangsaku...Celiklah akan sejarah
Kerana bangsa yang buta sejarah
Kelak kan lupa asal umbinya
Kelak kan leka diperdaya

Mereka lupa bahawa merakalah tuan
Mereka lupa mereka bangsa hebat
Mereka lupa mereka adalah raja
Mereka lupa pendatang cuma menumpang
Lalu mereka terpinggir di bumi sendiri
Mereka merempat tiada bertempat
Mereka melarat menunggu disuap

Kenapa kita jadi begini
Merdeka cuma pada nama
Tapi tak mampu mendongak kepala
Kuasa cuma pada zahirnya
Sedang jiwa dibelenggu jua

Tanah dibuka bukit ditarah
Bangunan dibina siapa yang punya
Ekonomi berkembang hidup mewah
Tuan tanah terpinggir jua

Negara maju berkembang pesat
Pencapaian dibangga dicanang-canang
Anak bangsa terleka lagi tersesat
Maruah harga diri telah pun hilang

Anak muda bersuka ria
Diulit seloka silih berganti
Tiada dihirau segala yang lampau
Asalkan kenyang perut sendiri

Politikus bersaing berebut kerusi
Tuduh menuduh pelbagai strategi
Nasib anak bangsa diperjudi
Asalkan berjaya meraih undi

Politikus bangsa bertekak sama sendiri
Masing-masing menunjuk pandai
Kisah pak kadok berulang lagi
Menang sorak kampung tergadai

Lipatan sejarah menjadi saksi
Perjuangan bangsa terus diwarisi
Pertahankan hak dibumi sendiri
Islam dijulang bangun jatidiri

http://zaizulazizi.wordpress.com/

 

Comments 

 
0 # razak 2010-07-30 18:44
bangsaku lemah tanpa ilmu
ilmu dicari sekadar menutupi dungu
lemah sendiri tidak disedari
bumi ku pijak tanahairku
ku junjung langit tempatku bertuai
Reply | Reply with quote | Quote
 

Add comment


Security code
Refresh

Sumbangan

Kami amat mengalu-alukan sebarang sumbangan dari anda. Untuk sumbangan kewangan, akaun pengurusan dan operasi PEMBINA ialah:

Persatuan Belia Islam Nasional
562142713006 (Maybank Islamic)

PEMBINA@Facebook

Komen Terkini

Pelawat

 24 pelawat sedang melayari laman ini