Aktivis PEMBINA wakili Malaysia di Seoul

Aktivis PEMBINA wakili Malaysia di Seoul

BANGI, 28 Oktober – Wahidatul Husna, Ketua Beliawanis PEMBINA cawangan Sabah yang juga merupakan pelajar siswazah Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan mewakili Malaysia ke Seoul di Seoul International Invention Fair (SIIF) dengan produk kajian beliau iaitu Customized Seaweed Tank Culture System-KAPP-Tank TM.

Menurut Wahidatul Husna, beliau bangga dapat mewakili umat Islam dalam pertandingan rekacipta peringkat antarabangsa ini.

“Saya bangga dan bersyukur ciptaan ini terpilih untuk bertanding di peringkat antarabangsa di Seoul. Peluang ini membuktikan bahawa umat Islam mampu mencipta sesuatu yang bermanfaaf dan bertaraf antarabangsa.

“Saya berazam untuk memberikan yang terbaik semasa pertandingan nanti dan membawa pulang pingat untuk UMS dan Malaysia.

“Saya juga mengharapkan agar dapat memasarkan produk penyelidikan ini di peringkat antarabangsa, insyaAllah,” jelas beliau.

Produk rekaan beliau dan pasukan merupakan antara 8 produk yang telah memenangi anugerah di International, Invention and Technology Exhibition (ITEX) 2016 serta BioMalaysia 2016 baru-baru ini dan telah dipilih oleh pihak Universiti Malaysia Sabah untuk dihantar bertanding di SIIF mewakili UMS dan Malaysia.

SIIF yang akan berlansung dari 1 hingga 4 Disember 2016 adalah merupakan salah sebuah pertandingan rekacipta terbesar di peringkat antarabangsa anjuran Korean Intellectual Property Office (KIPO) dan Korea Invention Promotion Association (KIPA).

Tahun lalu, SIIF telah menyaksikan penyertaan daripada lebih 700 peserta dari seluruh dunia termasuklah Malaysia, Taiwan, Korea, Japan, Africa, Egypt, Iran, Iraq, Russia, Geneva, Singapore, USA, Thailand, India, UK, dan China.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top